Akaun akademitahfizassiddiq.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

RM25 000 Diperlukan Untuk Pembangunan Dan Pengurusan Akademi Tahfiz As Siddiq

RM25 000 Diperlukan Untuk Pembangunan Dan Pengurusan Akademi Tahfiz As Siddiq

Akademi Tahfiz As Siddiq adalah sebuah tahfiz yang dibina untuk menyediakan tempat tinggal dan belajar yang selesa untuk anak-anak asnaf dan yatim dalam program Tahfiz Kebajikan. Ia merupakan sebuah projek pembinaan bangunan 2 tingkat yang terletak di Telok Panglima Garang, Selangor.


Alamat tapak projek: 

Lot 3635,-A, Jalan Masjid, Kampung Batu 9, Telok Panglima Garang, 42600 Selangor. 


Tahfiz As Siddiq ini diuruskan oleh Akademi Tahfiz Islah. Mereka merupakan satu badan amal yang ditubuhkan khas untuk membantu pusat-pusat tahfiz dan rumah kebajikan. 


Akademi Tahfiz Al Islah berdaftar secara rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM (No Pendaftaran: TR0232151-A) dan JAWI (Kod JAKIM: WZH011D) .





Pembinaan Tahfiz As Siddiq : (FASA 1)

Alhamdullilah dengan sumbangan yang diterima sebelum ini, kami dapat menyiapkan fasa 1 pembangunan Tahfiz As Siddiq. Sebanyak RM50 000 telah digunakan untuk membaik pulih rumah pusat pengajian asal Tahfiz As Siddiq. 


Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada para penyumbang bagi dana menyiapkan proses ubahsuai bangunan baru bagi Tahfiz As Siddiq.


Keadaan rumah pusat pengajian asal Tahfiz As Siddiq semasa proses ubahsuai dijalankan.


Keadaan rumah pusat pengajian asal Tahfiz As Siddiq ketika hampir siap.



Pembinaan Tahfiz As Siddiq : (FASA 2)

Namun begitu, kami masih kekurangan dana sebanyak RM1.7 juta untuk meneruskan fasa 2 iaitu membina bangunan 2 tingkat yang mempunyai asrama, dewan makan, surau dan kelas-kelas belajar.


Kami juga memerlukan sumbangan yang berterusan untuk kos operasi dan komitmen pengurusan bulanan bagi tahfiz ini.


InsyaAllah dengan infaq daripada tuan puan semua, kita boleh meneruskan pembinaan Pusat Pengajian Tahfiz As Siddiq. Dan dalam masa yang sama juga kami boleh meneruskan pembelajaran Al Quran secara percuma kepada anak-anak asnaf dan yatim. 





Infaq Sebagai Saham Akhirat

Sabda nabi SAW yang bermaksud: 


"Sedekah itu menghapuskan dosa seperti air yang memadamkan api” 

Riwayat Tirmidzi.


Kami doakan supaya Allah kurniakan tuan puan semua pahala yang berkekalan dan rezeki yang tidak putus-putus kerana sudi berinfaq demi masa depan anak-anak muda dalam pendidikan Al-Quran.


Kami juga mendoakan agar wakaf yang disumbangkan akan menjadi saham bagi tuan puan di akhirat nanti, insyAllah.



Cara Untuk Menyumbang

Untuk memudahkan tuan puan menghulurkan sumbangan, kami sediakan pakej infaq seperti di bawah. Tuan puan boleh menyumbang mengikut pakej yang telah disediakan atau sebanyak mana yang tuan puan hajatkan :


Pakej 1 Lot RM30

Pakej 2 Lot RM50

Pakej 3 Lot RM100

Pakej 4 Lot RM300

Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :


Bank : MAYBANK  

Nama : AKADEMI TAHFIZ AL ISLAH LIL BANAT

No Akaun :    562263581816 

 

Letakkan reference   "  AS-SDQ  "    untuk mudahkan pihak kami agihkan dana.


Sumbangan tuan puan amatlah bermakna untuk kami semua. Jazakumullah khair.